Family



See, punyalah besar HELLO dekat atas tu. Nak bagi semangat dekat engkau orang untuk baca entry Taty kuikuikui. 

Ok sebelum baca entry ni dah tengok title? Kalau belum mohon pergi tengok sekarang! Faham dop? Ok baguslah kalau faham. For sure semua orang ada family right? 


Sperm (Father)  ----------------Ovum (Mother)
|
|
Zygote (Fertilisation)
|
|
Baby
|
|
Children


Haaa macam tulah terhasilnya kita. Ewah ewah keluar pasal Science pulak haha.

Kita mesti hargai keluarga kita. Lagi lagi ibu dan ayah kita. Tanpa mereka siapalah kita, tanpa mereka kita tiada di dunia ini. Mereka adalah segalanya buat kita. Besar jasa dan pengorbanan mereka. Ibu dan ayah kita tak pernah mengeluh untuk membesarkan kita. Janganlah kita menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.

Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Ibu telah mengandungkan seorang anak selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudian melahirkannya. Bapa pula bekerja untuk mendapatkan wang bagi menyediakan keperluan asas kepada keluarga. Sesungguhnya, jasa ibu bapa amat besar kepada diri kita. Setelah meningkat dewasa, sewajarnya anak-nak melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada Ibu bapa.

Tanggunglawab anak yang pertama ialah memberikan kasih sayang kepada ibu bapa. Semasa kecil anak-anak disayangi oleh ibu bapa dengan sepenuh hati dan kini sampai masanya, anak-anak pula menyayangi ibu bapa dengan sepenuh hati. Kasih sayang kepada ibu bapa boleh ditunjukkan melalui ucapan, perlakuan dan pemberian hadiah. Sewajarnya anak-anak memberikan hadiah kepada ibu bapa semasa sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa. Anak-anak juga boleh membawa ibu bapa ke restoran atau kedai-kedai makan tertentu pada setiap minggu dan ini pastinya akan mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga.

Setelah bekerja, anak-anak sewajamya memberikan wang kepada ibu bapa bagi menyara kehidupan mereka. Dengan wang yang diberi, ibu bapa dapat membeli keperluan harian atau mengumpul wang tersebut sebagai tabungan. Sesungguhnya, perbelanlaan yang dikeluarkan oleh ibu bapa amat banyak untuk nmmbesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak-anak. Oleh demikian, anak patut memberikan sedikit wang gaji mereka kepada ibu bapa sebagai tanda terima kasih di atas jasa mereka. Sebenarnya ibu bapa tidak mengharapkan sangat pemberian wang kepada anak-anak kerana apa yang lebih penting bagi ibu bapa ialah melihat anak-anak mereka berjaya dan bahagia dalam kehidupan.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa seterusnya ialah mendapatkan rawatan jika ibu bapa sakit. Memang menjadi lumrah bagi setiap manusia apabila usia mula meningkat maka kita akan mudah diserang penyakit. Oleh itu, jika ibu bapa sakit anak mesti menghantar ibu bapa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak juga sewajarnya menanggung kos rawatan ibu dan bapa mereka. Jika anak-anak mampu, belilah insurans perubatan bagi membiayai kos perubatan ibu bapa apabila mereka sakit.

Keselamatan ibu bapa juga perlu diberi perhatian oleh anak-anak. Jika anak-anak tinggal berjauhan dengan ibu bapa, pastikan tempat tinggal ibu bapa selamat daripada sebarang ancaman. Dalam zaman sekarang ini, banyak berlaku kes rompakan terhadap golongan tua. Anak-anak wajar menasihati ibu bapa agar tidak membiarkan pintu rumah sentiasa terbuka kerana ditakuti pencuri akan masuk ke rumah. Selain itu, anak-anak juga patut menasihati ibu bapa agar berhati-hati semasa berada di jalan raya kerana kemalangan boleh berlaku tanpa diduga.



Firman Allah S.A.W. bermaksud:


"Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah S.A.W., dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).



Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.






Sayangilah ibu bapa anda segala mereka masih bernyawa.





Ok family Taty tak besar pun. Taty just ada abah, mama and seorang adik perempuan. Sikit je kan kan? Um tapi Taty bersyukur dengan pemberian Allah.

*from left: Taty, abah, mama, adik*

Abah
(Mohamad Rosli bin Yasin)

Mama
(Nora binti Nasir)

Taty
(Nur Izzaty binti Mohamad Rosli)

Adik
(Nur Syuhada binti Mohamad Rosli)

Ni lah family Taty. Walaupun tak ramai but kita orang masih boleh jadi one happy family. Even Taty and adik selalu gaduh but percayalah bila salah seorang tak ada mesti rindu huhu.